Saturday, June 20, 2009

Pengiktirafan Kelas Jahitan

Saya dimaklumkan dengan 2 berita yang sangat menggembirakan pada hari ini. Saya berharap anda tidak melepaskan peluang sebaik ini dan bersyukurlah kita dengan kurniaan Allah yang memberikan kita kemudahan ini bersama.

Pelajar-pelajar Kelas Jahitan anjuran YKSNS Inspiration yang telah tamat kursus pembelajaran akan diberikan Sijil Kemahiran Malaysia. Sijil ini akan memberikan peluang yang lebih baik kepada anda semua untuk mencari pekerjaan. Penganugerahan sijil adalah bagi pelajar yang memenuhi setiap kriteria seperti jam kredit pembelajaran, kemahiran, kecekapan dan penilaian akhir. Sijil ini adalah setaraf dengan sijil-sijil kemahiran yang dikeluarkan oleh mana-mana institusi pengajiaan sama ada kerajaan mahupun swasta.

Berita kedua ini pasti akan membuatkan anda lebih gembira. Kini, anda tidak perlu lagi risau mengenai kos-kos perbelanjaan dan pembelajaran yang perlu anda biayai sepanjang anda mengikuti kursus jahitan ini. Kerajaan Negeri Sembilan telah bersetuju memberikan peruntukan kewangan 100% kepada pelajar-pelajar yang berstatus miskin, ibu tunggal dan bagi yang layak.

Ini adalah peluang keemasan bagi anda semua di luar sana. Pasaran pekerjaan untuk bidang perkhidmatan jahitan adalah sangat luas. Kami berharap dengan usaha ini dapatlah memberikan peluang kepada anda dan anda sendiri dapat mencari rezeki untuk diri sendiri dan keluarga tanpa perlu bergantung pada orang lain lagi.

No comments:

Post a Comment